Anugerah dan Pengiktirafan
Deakin telah memenangi pelbagai anugerah pendidikan serta mencapai kedudukan tinggi yang kosisten dari ramai organisasi-organisasi penyelidikan yang berdikari seperti:
Universiti Terunggul Sedunia
Kedudukan Tertinggi 1% Universiti di Seluruh Dunia.*
Menawarkan Kursus-kursus Undian Tertinggi
Kedudukan Tertinggi 1% Universiti di seluruh dunia dalam Pendidikan dan Latihan, Politik, Perakaunan dan Kewangan, Psikologi, Sosiologi and Perundangan.**
Kedudukan Premium
Kedudukan 5 Bintang untuk kemudahan di kampus bertaraf dunia, pengajaran and penyelidikan.***
*ShanghaiRankings World University Rankings
**QS Rankings by Subject
***QS Stars University Rankings
Biasiswa-biasiswa untuk Pelajar-pelajar Antarabangsa
Kami menawarkan pelbagai peluang biasiswa kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang berbakat khas serta ingin menyumbang kepada universiti dan masyarakat.
Biasiswa-biasiswa yang ditawarkan akan menyumbang kepada yuran pembelajaran, kos sara hidup serta item-item yang lain seperti buku-buku dan bahan-bahan pembelajaran.
Biasiswa STEM Deakin
Biasiswa Deakin - Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) adalah biasiswa berjumlah 20% kepada pelajar-pelajar Malaysia yang memohan kemasukan dalam kursus sarjana muda dan sarjana kerja kursus dalam bidang arkitek dan seni bina, kejuruteraan, informasi teknologi, sains atau persekitaran.
Ambil Kesempatan dari Pelbagai Program Kami
Anda mungkin perlu meluangkan masa untuk memperbaiki markah academik atau Bahasa Inggeris anda sebelum memulakan kursus di Deakin.
Anda boleh berbuat demikian di Deakin College atau di Deakin University English Language Institute (DUELI) – yang bertempat di kampus di Australia dimana anda akan mengenali kampus anda terdahulu, rakan-rakan pelajar anda serta kakitangan-kakitangan Deakin sebelum anda memulakan ijazah anda.
Luangkan Masa untuk Belajar di Deakin
Tamatkan sebahagian dari ijazah sarjana muda, sarjana atau penyelidikan anda dengan program Belajar di Luar Negara Deakin, dan dapatkan mata kredit daripada ijazah anda dari negara asal anda.
Pilihlah untuk belajar satu hingga dua trimester atau tamatkan satu tahun akademik sebagai seorang pelajar pertukaran.
Dapatkan Ijazah anda dari Deakin
Kami menawarkan ijazah sarjana muda, sarjana and penyelidikan kepada pelajar-pelajar antarabangsa. Apabila anda lulus dan tamat pengajian, anda akan mempunyai hubungan dengan alumni-alumni Deakin yang lain di Malaysia serta di serata dunia.
Anda berkemungkinan akan tinggal di Australia sama ada menyambung pembelajaran anda atau mendapat pengalaman bekerja di dalam bidang tertentu.
Cerita pengalaman Ivan
'Saya dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari beberapa negara asing melalui kelab-kelab yang saya sertai, dengan menyertai Malaysian Society of Deakin University (MSDU) saya juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan dari negara saya sendiri'
Kami menawarkan kursus-kursus dan mata pelajaran dari pelbagai disiplin. Kursus-kursus popular yang digemari pelajar-pelajar Malaysia adalah termasuk bidang perdagangan, kewangan dan seni kreatif.
Anda boleh bekerja sambilan semasa belajar
Anda boleh bekerja sehingga 40 jam dalam jankawaktu 2 minggu semasa belajar di Australia dengan visa pelajar. Jika anda tidak belajar semasa Trimester 3 (waktu trimester tidak wajib) anda boleh bekerja tanpa waktu terhad.
Di Deakin, kami menawarkan perkhimatan UniHub yang akan membantu anda mencari peluang pekerjaan sambilan.
Ketahui Lanjut Mengenai Kerja di Australia
Ketahui Lanjut Mengenai Komuniti di Deakin
Di Deakin, kami mempunyai komuniti pelajar dari Malaysia yang besar. Di pusat komuniti ini terdapat Malaysian Society of Deakin University.
Tujuan mereka adalah menyatukan semua pelajar-pelajar Malaysia, di samping memperkenalkan budaya Malaysia kepada semua pelajar.
Ketahui Lanjut Mengenai sokongan-sokongan kepada Pelajar-pelajar Antarabangsa
Jadikan tempat ini sebagai ‘Rumah’
Dengan suasana komuniti pelajar yang meriah dengan pelbagai gerai and perkhimatan di dalam kampus, Deakin akan dirasai sebagai ‘Rumah’ dalam masa yang singkat.
Kami mempunyai penginapan pelajar di setiap kampus dan terdapat perkhimatan yang mampu menolong anda menyesuaikan diri dengan penginapan di luar kampus.
Belajar di Australia – Anda akan menyukainya
Memohon Visa Pelajar secara Online
Sebagai seornag pelajar dari Malaysia, anda berpeluang untuk belajar and tinggal di Australia dengan visa pelajar. Apabila visa pelajar diperolehi, ia adalah sah untuk sepanjang pengajian anda (selagi anda memenuhi kesemua syarat-syarat visa).
Anda boleh memohon visa pelajar secara online atau dengan bantuan perkhimatan daripada salah satu wakil kami di negara anda.
Cuaca
Australia terkenal dengan tepi pantainya yang cerah, tetapi ia juga mempunyai hutan hujan yang tebal serta banjaran gunung-ganang yang diliputi salji di musim sejuk.
Keadaan cuaca kami berubah-ubah – anda memerlukan pakaian tipis semasa musim panas dan kot yang tebal di musim sejuk (jangan lupakan pakaian ke tepi pantai).
Hubungi Kami
Bertemu dengan Deakin di Malaysia
Bertempat di Kuala Lumpur, Sharleen Tam merupakan wakil Deakin setempat anda. Sharleen boleh membantu anda mengetahui lebih mendalam mengenai Deakin, merancang pengajian anda serta melengkapkah pengisian borang permohonan anda.
Wakil Deakin University di Malaysia
Sharleen Tam
E-mel Sharleen Tam
Pertanyaan Pelajar-pelajar Antarabangsa
+61 3 9627 4877
Hantarkan e-mel